Pages

Wednesday, January 11, 2012

Kejam... kelibat setengah2 pemaju hartanah!!!

Jika anda memiliki tanah di pusat bandar dan kemudiannya tanah itu ingin dibeli oleh pihak Pemaju atas tujuan pembangunan,Apakah tindakan anda..? Jika anda menjual akan dapatlah apa yang dijanjikan oleh pihak pemaju jika tidak ditipu,Jika anda tidak menjual boleh lihatlah nasib tanah dan kediaman anda jika pemilik tanah di sekeliling anda telah menjualnya kepada pihak pemaju. :-)


Ini lah antara kesannya jika anda tidak menjual tanah di China.








Macam mana nak jual ke tak..?

Koleksi Pendrive yang Unik Pelik Dan Menarik


Terdapat pelbagai jenis pendrive yang boleh kita temui di pasaran sekarang,Dan harganya tak semahal seperti suatu ketika dulu,Sekarang Dari RM 20 dan keatas kita sudah mampu memiliki pendrive,Apa yang penting fungsi utama pendrive sama walaupun harga ,serta rupa yang berbeza-beza,Dari segi kualiti itu atas pandangan masing-masing.


Jom kita tengok antara koleksi Pendrive yang unik pelik dan menarik



























Monday, January 9, 2012

Puisi untuk Si Hawa...Mesti Baca






“Wahai kaum hawa,aku maafkan dirimu”,
Walaupan sudah pelbagai kesilapan yang telah kau lakukan kepada ku,
Namun begitu ku tetap membisu,

“Wahai kaum hawa,aku maafkan dirimu”,
Itulah perkataan yang sering ku katakan,
Walaupun hati penuh terkilan,
Namun ku harap ini bukan batu loncatan,
Untuk kau terus melakukan kesilapan,

“Wahai kaum hawa,aku maafkan dirimu”,
Selalu kau buat aku dalam dilema,
Untuk memilih antara dua,
Sama ada kau ataupun kerjaya,

“Wahai kaum hawa,aku maafkan dirimu”,
Tetapi hati ini belum membeku,
Untuk aku korbankan segalanya kepadamu,
Kerana hati ini tetap pada Yang Satu,

“Wahai kaum hawa,aku maafkanmu”,
Tersenyum ku membaca pohonan maaf yang kau pinta,
Nampaknya suci dan ikhas dari hati,
Akan ku beritahu sesuatu pekara,
Segala kesilapan kau telah lama aku maafi,



“Wahai kaum hawa,aku maafkan mu”,
Setiap tutur kata dan manis bicara
Yang telah kau luahkan tanpa usul periksa,
Kerap membuatkan diriku terluka,
Tetapi hati ini tetap berkata,
“hawa, aku maafkan dirimu”,


Hawa ingin ku berkata sesuatu,
Sebagai pesanan di hari tua,
Walaupun kau golongan wanita,
Tidak bermakna kau tidak berjaya,
Tetapi perlu kau ingat sesuatu,
Maruah mu itu sangat bernilai,
Jagalah ia jangan tergadai,
Kelak kau yang akan menyesal,

Hawa ingin ku berkata sesuatu,
Walau apapun yang berlaku,
Walau apapun yang menimpa mu,
Sentiasalah ingat di hati mu,
Tiang agama jadi peganganmu,
Al-quran dan sunnah jadi rujukanmu.


Imam Al-Syafie Mencari Sahabat & Cinta







Imam Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama.
Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya:
“Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.”
Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Ku kunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia
Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya. Katanya:
“Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat.”
Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.

Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan.
TUHAN aturkn antara kita 1 pertemuan ditetapkan 2 hati, dalam 2 hati diberikan 3 rasa : SAYANG, KASIH & KASIHAN. Dalam 3 rasa itu dselitkn 4 tujuan: berkenalan, berteman, berkawan, & bersama. Dalam 4 perkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu TEMAN BAIK SELALU DI SISI. Dalam 5 perkataan itu tersmbunyi 6 impian iaitu SAYANG, KEKAL, SETIA, MENGERTI, MENGHARGAI, & MENGINGATI. Dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf keramat iaitu “SAHABAT”