Pages

Sunday, November 20, 2011

How does getting rewarded through sharing sound like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

How does getting rewarded through sharing sound like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Telur Palsu?



Telur Palsu? 
 

Seorang wanita di Harbin, sebuah wilayah di timur laut China mendapati telur itik yang dibelinya palsu, menurut laporan oleh agensi berita Xinhua.

Menurut Pentadbiran Perdagangan dan Industri Harbin, telur-telur itu telah dibuat kelihatan seperti telur itik biasa. Pada 19 Oktober lalu, wanita itu membeli 20 biji telur dengan harga 1 yuan (50 sen) sebiji. Dia menggunakan sebiji telur untuk membuat sup tetapi mendapati air panas yang menggelegak berbau pelik dan kuning telur telah hilang.

Dia menyangka telur tersebut telah tamat tempoh. Namun, setelah menggigit sebahagian telur tersebut, dia merasa seperti plastik. Hasilnya tetap sama dengan telur-telur lain. Merasakan dirinya ditipu, wanita itu kembali kepada penjual tetapi penjual tersebut sudah tiada.

Kos membuat telur plastik ini serendah 0.05 yuan (2 sen) dan dijual antara 0.5 yuan dan 1 yuan (50 sen ~ RM1).

Pencuri Wanita Dibogel dan Dimalukan Depan Khalayak



Pencuri Wanita Dibogel dan Dimalukan Depan Khalayak

Seorang wanita dibogel dan dimalukan di depan khalayak ramai setelah dia ditangkap mencuri di China.

Orang ramai mengoyak pakaiannya dan menulis "saya pencuri" dalam karakter cina dengan menggunakan marker di belakang badannya.

Insiden memalukan itu berlaku di Kota Taizhou, timur China.

Satu sumber online mengatakan pencuri tersebut juga diseksa secara fizikal. Dia terpaksa mengikat dadanya dengan menggunakan kain buruk untuk mengelak dibogel.

Setelah puas menyeksa pencuri wanita itu, orang ramai memanggil polis untuk tindakan lanjut.

Insiden ini menarik perhatian pelbagai pihak terutama komen-komen dari pengguna internet seluruh dunia.

Seorang pengguna internet mengatakan hukuman seperti itu memang sesuatu yang biasa berlaku di Taizhou. Penduduk setempat sering menghukum dengan memalukan pencuri di khalayak umum dan melakukan kekerasan fizikal sebelum membuat laporan polis.

Insiden sama turut berlaku tahun lepas apabila seorang pencuri dilucutkan pakaian sehingga ke pinggang sebelum diarak di jalan. Perkataan 'pencuri' turut ditulis di badannya.

Kejadian seumpama ini menaikkan kemarahan ramai pengguna internet yang berpendapat kurangnya polisi dan hukuman yang tepat di Taizou merupakan penyebab kejadian berulang.

Manakala satu pihak lagi mengatakan hukuman yang tidak efektif dari pihak berkuasa dalam mencegah jenayah turut menyumbang kepada kejadian ini.


Pencuri Wanita Dibogel dan Dimalukan Depan Khalayak

Pencuri Wanita Dibogel dan Dimalukan Depan Khalayak

Pencuri Wanita Dibogel dan Dimalukan Depan Khalayak

Pencuri Wanita Dibogel dan Dimalukan Depan Khalayak


Info Gallery : Harap-harap tiada orang kita buat camni.