Sekarang banyak perkara
yang telah sedikit di dunia telah cuba didominasi oleh negara China. Apa yang
tak boleh dibuat China? Nah….sekarang ini, China telah berjaya memiliki dan
membuka jambatan terpanjang di dunia. China telah membuka jambatan terpanjang
di dunia yang mana secara keseluruhannya keseluruhannya berukuran 42Km. Malah,
lebih panjang daripada jarak antara Dover dan Calais.
Jambatan Qingdao Haiwan
siap dibina awal tahun 2011 menyambungkan kawasan Bandar Qingdao, daerah
Huangdao dan Teluk Jiaozhou. Ya anda tidak silap membacanya. Jambatan Qingdao
Haiwan namanya. Mungkin ada yang menyangka Haiwan tu Taiwan, tetapi memang
betul pun, Haiwan namanya. Ada sesetengah keretan berita menulis ‘Jiaozhou Bay
Bridge’ atau ‘Qingdao Haiwan Bridge’ tidak kisah. Mana-mana pun boleh pakai,
sebab ia tetap merujuk kepada jambatan yang sama.
Jangkamasa pembinaan
jambatan terpanjang di dunia ini memakan tempoh masa selama 4 tahun bagi
menyiapkan jambatan tersebut yang mencapai kos pembinaan sehingga 5.5 billion
pound sterling iaitu hampir 3 batu lebih jauh daripada pemegang rekod sebelum
ini – Tambak Tasik Ponchartrain di Louisiana, USA
Struktur jambatan tersebut
terdiri daripada 2 jambatan selari sebelah menyebelah yang mencatat ukuran
panjang sejauh 38.42Km yang mana masing-masing 3 lorong sehala. Dua pasukan
pekerja pembinaan telah memulakan kerja-kerja pembinaan sejak tahun 2006 lagi.
Seorang jurutera pembinaan jambatan ini berkata bahawa model komputer dan
perkiraan adalah sangat bagus tetapi kita tidak boleh terlalu relaks sehingga
kedua-dua belah jambatan dipasak bersama.
Sekali pandang memang
cantik dan kagum betul kami dibuatnya melihatkan gambar Jambatan Qingdao Haiwan
ini siap ada interchange lagi di bahagian tengah-tengahnya. 3 lorong lagi tu,
kalau speeding mesti best ni. Ooops!!
Walauapapun, negara tembok
besar China ini semakin menunjukkan taringnya. Mungkinkah Taiwan juga akan
diambil oleh negara China. Adakah akan wujud kembali dinasti china yang
diagung-agungkan itu? wah dah jauh kami pergi ni
No comments:
Post a Comment