Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor
kucing yang diberi nama Mueeza.
Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya
Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu
mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang
ditiduri Mueeza dari jubahnya.
Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud
kepada tuannya.
Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap
lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.
Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di
rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan di taruh di pahanya.
Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengeong
ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti
lantunan suara adzan.
Kepada para sahabatnya, nabi selalu berpesan untuk menyayangi
kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah
berat, dalam sebuah hadis shahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita
yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya
untuk mencari makan sendiri.
Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah
siksaan neraka.
Tak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash
Shiddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal
pergi oleh si kucing.
Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al
Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapak para kucing jantan), kerana
kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan dirumahnya.
Ada sesetengah dari kita sanggup membiarkan kucing kelaparan. Mungkin
ramai yang tidak mengetahui balasannya.
Selain itu, ada juga kisah menarik dari China. Ha Wenjin telah
menjual hampir semua asetnya untuk membuka kawasan penjagaan haiwan terbesar di
China. Lebih daripada 1,500 anjing dan 200 kucing tinggal di sana sekarang.
Tempat ini mempunyai 10 pekerja yang merawat dan menjaga anjing dan 2 pekerja
untuk kucing. Perbelanjaannya adalah sekitar $ 37,500 setahun untuk menguruskan
penjagaan haiwan ini.
No comments:
Post a Comment