Aktres seksi Hollywood, Angelina Jolie bakal muncul dengan filem pertama arahannya yang bakal berada di pawagam Amerika Syarikat pada 23 Disember akan datang.
Filem ini yang meyaksikan Zana Marjanovic dan Goran Kostic sebagai peneraju utama sebelum ini pernah diprotes kerana dianggap telah menyinggung perasaan keluarga mangsa yang terlibat ketika perang Yugoslavia yang berlaku sekitar tahun 1991 – 1995.
Jolie sebelum ini menyatakan debaran dan kebimbangan sekiranya penonton tidak boleh menerima filemnya yang berbeza dengan filem perang arus perdana yang lain.
Pada masa yang sama, Jolie dilaporkan sudah dalam perancangan untuk menghasilkan filem yang mengisahkan perang Afghanistan.
No comments:
Post a Comment