Mulianya
seorang isteri disisi Allah... Dan betapa berharganya wanita yang bergelar
isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan binasalah suami-suami
yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu
mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah
mereka...... Tiap-tiap bulan dia diberi
cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga
sehingga 60 hari, Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..
Tapi bila dah habis
cuti tu..layan lah suami, Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala...
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ... sembahyang wajib baginya dari
baligh sehingga habis nyawanya... Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi
seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa
perlu takut nak beranak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya
wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus
masuk Syurga. Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah
beri kelonggaran siksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami
dia tak tanggung. Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang
tak disedari. Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau
ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua.. Bila dia lihat
suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.
Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di
akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap
suami dia tak akan dapat pahala extra ini. Manakala suami pula mempunyai
tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang
tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak
derhaka denganNya. Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki..
Dia bukan dicipta dari kepala untuk menjadi ketuanya,juga bukan dari tapak kaki
untuk dipijak-pijak.
Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia
hampir kepada kamu(lelaki) ,dari bawah lengan untuk mempertahankannya, dekat
dengan hati untuk disayangi. Woman was made from the rib of man, She was not
created from his head to top him, Nor from his feet to be stepped upon, She was
made from his side to be close to him, >From beneath his arm to be protected
by him, Near his heart to be loved by him. "Wahai Tuhan... ku tak layak ke
syurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke nerakamu... kamilah hamba yang
mengharap belas darimu ... "Ya Allah... jadikanlah kami hamba2 mu yang
bertaqwa .. ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam
yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"...... Kubur itu
gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah. Jika diletakkan langit dan bumi di
sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat
lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini. Rasulullah saw. bersabda
(mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti
berjaya!"
No comments:
Post a Comment