Pages

Thursday, December 29, 2011

PANAS!! Lagi gay Melayu kahwin, kali ini di Greece


Seorang lagi gay Melayu didakwa berkahwin dengan gay Mat Saleh, lebih dahulu sebelum seorang lelaki Melayu yang dilaporkan berkahwin sesama jantina di Dublin, baru-baru ini.

Kali ini, lelaki berkenaan dipercayai melangsungkan perkahwinan songsang dan terlarang itu di Greece.

Lebih ‘menarik’, lelaki terbabit juga mengenakan pakaian Melayu lengkap bersongkok dan bersamping (gambar) seperti gay Melayu yang berkahwin di Dublin – bertanjak dan bersamping.

Beberapa jam lalu, beberapa blog tempatan dikesan menyiarkan artikel dan gambar gay Melayu itu, juga dikatakan pelajar, berkahwin di Greece.


Antara blog awal yang menyiarkan artikel dan gambar yang didakwa membabitkan pelajar Malaysia di Greece ialah sozcyili.blogspot.com dan ar-rifke.com.

Bagaimanapun tiada maklumat lengkap yang dapat mengesahkan perkara itu. Kedua-dua blog berkenaan menyatakan gambar terbabit diperolehi dari sebuah blog lain.

Menurut sozcyili.blogspot.com, ia memperolehi maklumat mengenai perkahwinan gay Melayu di Greece itu dari sebuah blog yang diberikan sahabatnya ketika melayari Facebook.

Bagaimanapun blog itu tidak menyebut dan memberikan link kepada blog yang dimaksudkannya itu.

“Dan ketika melayari satu blog yang diberikan sahabat fb (Facebook) tadi, rupanya baru tahu bahawa arif alfian bukanlah lelaki Melayu Islam yang pertama kahwin dengan lelaki Mat Saleh di luar negara. Lihat bawah neh (ini),” catatsozcyili.blogspot.com merujuk kepada gambar seorang lelaki berpakaian lengkap bersongkok dan bersamping berpimpingan tangan dengan seorang lelaki Inggeris.

Gambar berkenaan, menurutnya, diperolehi hasil carian di Google oleh pengendali blog yang menjadi sumber maklumat itu.

Sementara itu, seperti ditulis sozcyili.blogspot.com, Ar-rifke.com mencatatkan:

“Jika yang neh (ini) terbukti benar maka ternyata arif (gay pertama yang baru-baru ini dilaporkan berkahwin dengan lelaki Inggeris) adalah yang kedua, bukan yang pertama,” catat ar-rifke.com.

Ar-rifke.com memetik sumber berita berkenaan dari sozcyili.blogspot.com.

Mereka mempersoalkan mengapa kerajaan belum bertindak berhubung perkara itu.

Hati, Sayang, Cinta dan Perasaan




GINJAL tanya JANTUNG : ' syg di mana ? '

JANTUNG jawab : 'tak tahu '

JANTUNG pun tanya PARU-PARU : ' syg di mana ? '

PARU-PARU cakap : ' tak tahu '

PARU-PARU tanya HATI plak : ' syg di mana ? '

HATI pun jawab : ' syg di sini '

GINJAL , JANTUNG & PARU-PARU hairan... ' Kenapa syg ada di hati ??? '

HATI jawab : 'Hati di pilih oleh Tuhan untuk memiliki syg '

Kerana syg , Hati rela Menangis , Hati rela Dilukai .

Dan kerana syg, Hati rela Berkorban ... 


Tuesday, December 27, 2011

HATI-HATI JIKA NAK UPDATE SOFTWARE OPENBOX



APA ITU TIME BOMB PADA OPENBOX
Time bom bermaksud sesuatu perkara yg disetkan masa bg memusnah kan sama ada berbentuk barangan atau perisian ertikata bukan sesuatu brg tu akan meletup mcm bom jgn salah anggap plak……pernah anda mendengar perisian(software) yg mempunyai time bom…salah satu contoh kita ambil decoder openbox..ada juga sesetengah decoder yg memasukan software Tanpa diduga software yg dimasukkan adalah software yg mempunyai time bom dari versi clone..hal ini pernah berlaku kepada rakan-rakan yg ingin update kan version decoder mereka..dgn tiba-tiba paparan pada screen menjadi biru dgn tulisan (your openbox this clone) setelah decoder di on/off sebanyak 10 kali.perkara ini berlaku akibat data didalam openbox dimusnahkan oleh firmware yg telah diupdate td…software in imenyerang keseluruh mainbord hingga ke cip id sehingga semua data gagal berfungsi maka sistem openbox anda sudah lumpuh chip id akan bertukar menjadi FFFFF. Bagaimana untuk kembalikan kepada perisian yg asal?ada satu cara yg boleh digunakan untuk mengembalikna perisian yg asal dgn menggunakan software dipanggil erom yg diinstall pada pc dan cable rs 232 yg akan digunakan sebagai perantara antra pc dan decoder. kerana port internet juga sudah dilumpuhkan ..cable ini akan membantu menyalurkan perisian baru sekali gus menghapuskan perisian clone time bom hinga ke chip id..software time bom ini juga pernah menyerang decoder dreambox…sertelah di upgradre software sila on kan decoder sila semak di information sila chek chip id dgn menekan butang no 8 empat kali…akan mucul chip id yg ori…pada screen
00D0 
00EA 
085B 
0D0C 
98A1 
98F2 
9CF4 
9D1A 
1015
Jika slah satu chip id yg tertera diatas sama didalam decoder .anda telah Berjaya..kembalikan software yg asal.. hati-hati semasa hendak memasukkan apa jua firmware…