Pages

Saturday, December 10, 2011

DOWNLOAD BORANG BANTUAN RM500 LHDN



DOWNLOAD BORANG BANTUAN RM500 LHDN | DOWNLOAD BORANG BR1M,Borang Bantuan RM 500.00 sudah boleh didapati di Pusat Khidmat atau Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan, Kepada mereka yang layak dan memenuhi syarat bolehlah mendapatkan borang tersebut atau terus download borang berkenaan daripada link yang disediakan di bawah.



(open in new tab)
(open in new tab)



Cara Memohon


1. Sila kemukakan salinan seperti-


  • Mykad / Kad Polis/ Kad Tentera
  • Penyata/ Slip Gaji terkini bagi pemohon yang menerima gaji sahaja
  • Borang Pendaftaran BR1M
2. Waris dan wakil adalah tidak dibenarkan untuk menuntut bayaran bagi pihak pemohon.

3. Borang Permohonan boleh didapati secara percuma mulai 10 Disember 2011 di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM), serta agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, sekolah dan lain-lain

4. Borang tersebut juga boleh dimuat turun secara percuma dalam laman web kementerian kewangan iaiatu www.treasury.com.my mulai esok.

5. Semua ruangan yang berkaitan dalam borang tersebut perlu diisi dengan HURUF BESAR dengan menggunakan pen. Maklumat tersebut harus ditulis dalam Bahasa Malaysia.


Syarat Permohonan
  • Warganegara Malaysia
  • Berkahwin
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM 3000 ke bawah.
  • Warga Emas yang berumur 60 tahun ke atas yang sebatang kara dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM 3000 ke bawah
Satu talian hotline bagi menjawab persoalan dan memberi penjelasan mengenai pelaksanaan Bantuan Tunai RM500 - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 7 Oktober 2011 yang lalu telah disediakan seperti berikut:

Talian hotline : 1-800-222-500 (Bebas Tol)

Waktu operasi : 9.00 pagi hingga 5.00 petang (hari bekerja)

Emel : belanjawan2012@treasury.gov.my


Perkhidmatan mulai 7 Disember 2011 (Rabu)



Bilik Operasi Bajet

Aras 10, Blok Tengah

Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia

1-800-222-500 (Hotline)

03-8882 3786 (Faks)

Diet Rasulullah SAW


Diet Rasulullah SAW

JENIS MAKANAN

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tidak boleh makan sesuka hati kita sahaja. Inilah penyebab terjadinya pelbagai penyakit antaranya kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah SAW tidak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana baginda pandai menjaga makannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, anda tidak akan menderita sakit perut atau keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh: Koktel)

CARA MAKAN

  • Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
  • Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
  • Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yang tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda.
Nampak memang sulit tetapi kalau tidak percaya, cubalah. Kesannya tidak dalam jangka pendek? Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.

Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-. Jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan, maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

Al-Quran juga mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan-amalan lain antaranya:

  • Mandi pagi sebelum subuh, sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.
  • Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
  • Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar daripada sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.
  • Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah-celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur (enzim sejenis alat percerna makanan).

Sabda nabi: "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya".

Iman Semut vs Iman Manusia




Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman ternampak seekor semut melata di atas batu. Lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: "Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu?"

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan Allah! Aku percaya rezeki di tangan Allah! Aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untukku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas. Dia mengangkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas. Kemudian Nabi mengambil sebiji gandum, dibubuh dalam bekas dan ditutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggalkan semut itu di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan, Nabi Allah Sulaiman lihat gandum yang sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut. Lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku! Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong! Aku tidak berbohong! Kalau aku ada di atas batu, aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman semut!!

IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam. Oleh itu, kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak menggali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?"

Jawab Imam Suffian: "Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil:

"ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA. ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA. ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN. HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN".

Rahsia Tarikh Lahir...Mesti Baca ni


Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda
adalah no.9


Details:


no.1
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

p/s: Berikut adalah kajian semata-mata, namun ia boleh berubah berdasarkan persekitaran.


Wednesday, December 7, 2011

Si Pemenggal Kepala di Arab Saudi


Abdullah Al-Bishi, Pemenggal Kepala di Arab Saudi

Ciplak dari blog kawan...wa lu wa lu...apa la dia ni!!!

Ini kisah yang agak baru-baru jgak, kalau nak kata masih panas, dah sejuk sedikit agaknya. Ini kisah seorang amah dari Indonesia yang dipenggal kepalanya sebagai hukum qisas kerana amah tu bunuh majikan dia sendiri. Tapi hari ni saya bukannya nak cerita pasal amah tu siapa yang salah ataupun siapa yang bunuh. Bukan...bukan itu yang saya nak cerita. Saya nak cerita mengenai pemenggal kepala yang melaksanakan hukum tersebut.


Sedikit intro, saya expect korang semua pernah main Assasin Creed kan? in fact saya enjoy main game tuh even saya buang game tu setelah bermain dipertengahan jalan. Wa suka tengok efek darah yang real tapi realitinya saya ada isu dengan darah ni kalau korang nak tau. Last time bapak wa masuk hospital masa tu nurse nak ambik darah, wa plak yang pengsan di tepi bapak wa. apedehal? wa memang.. level darah dalam badan wa memang agak kurang stabil.Tapi mamat nih memang hati kental punya. Ini memang dalam hati tak ada taman, kalau ada pun kering tak di maintenance.
Ini la dia beheader berhati kental
Sekali imbas macam Samuel L Jackson tapi ternyata tidak. Nama brader diatas adalah Abdullah Al-Bishi a.k.a Abu Badr (biasala orang arab, Abu means bapa dan Badr tu nama anak sulung beliau) dan pekerjaan beliau adalah sebagai Beheader a.k.a Pemenggal Kepale. Now, bila aku tengok outfit yang beliau pakai, series aku teringat dengan game Assasin Creed dan melihat kepada raut wajah beliau, beliau bukanlah seorang yang kejam bahkan wa rasa beliau lebih cintakan keamanan akan tetapi cintanya kepada Allah adalah lebih tinggi dan beliau tidak teragak-agak untuk melaksanakan hukum qisas.

Untuk pengetahuan lu orang semua, Abu Badr ni telah pun memenggal lebih dari 100 kepala dan ada diantara mereka adalah dari kawan beliau sendiri. Namun, hukum tetap hukum dan tidak mengira lu orang teman, sahabat mahupun jiran sebelah rumah. Menurut temubual didalam video yang bakal wa post dibawah, paling banyak Abu Badr pernah penggal pada satu-satu masa adalah dalam 5~6 orang. Gila! kesalahan apa agaknya mala'on tu telah lakukan. Mungkin kes rogol beramai-ramai kot, wa tak tahu.

Dibawah ni wa letakkan video temu bual beliau. Dont worry ada subtitle. Kalau ente tidak faham, baca subtitle bawah dia daa. Didalam video ni diceritakan mengenai kerjayanya sebagai seorangpemenggal kepala, bagaimana halangan serta cabaran yang ditempuhi beliau. Titik permulaan yang menentukan haluan kerjaya beliau dan lain-lain lagi. Hope lu orang layan video ni dan klik link sos dibawah untuk membaca mengenai kisah amah yang di penggal kepalanya itu. Sekarang wa nak chaow sebab wa rasa mual-mual melanda perut wa.


Bumi Kedua Ditemui???


The most Earth-like planet ever discovered is circling a star 600 light years away, a key finding in an ongoing quest to learn if life exists beyond Earth, say scientists.
This diagram compares our own solar system to Kepler-22, a star system containing the first "habitable zone" planet discovered by NASA's Kepler mission. (NASA/Ames/JPL-Caltech)The planet, called Kepler-22b, joins a list of more than 500 planets found to orbit stars beyond our solar system. It is the smallest and the best positioned to have liquid water on its surface - among the ingredients necessary for life on Earth.
"We are homing in on the true Earth-sized, habitable planets," says San Jose State University astronomer Natalie Batalha, deputy science team lead for NASA'sKepler Space Telescope that discovered the star.
The telescope, which was launched three years ago, is staring at about 150,000 stars in the constellations Cygnus and Lyra, looking for faint and periodic dimming as any circling planets pass by, relative to Kepler's line of sight.
Results will be extrapolated to determine the percentage of stars in the Milky Way galaxy that harbor potentially habitable, Earth-size planets.
Kepler-22b sits squarely in its star's so-called 'habitable zone', the region where liquid water could exist on the surface (NASA/Ames/JPL-Caltech)This is the first detection of a potentially habitable world orbiting a Sun-like star, scientists reported in findings to be published in The Astrophysical Journal.
Kepler-22b is 600 light years away. A light year is the distance light travels in a year, about 10 trillion kilometres.
Planets about the same distance from their parent stars as Earth take roughly a year to complete an orbit. Scientists want to see at least three transits to be able to rule out other explanations for fluctuations in a star's light, such as small companion stars. Results also are verified by ground and other space telescopes.

Little known about planet

Kepler-22b, which is about 2.4 times the radius of Earth, sits squarely in its star's so-called 'habitable zone', the region where liquid water could exist on the surface. Follow-up studies are under way to determine if the planet is solid, like Earth, or more gaseous like Neptune.
"We don't know anything about the planets between Earth-size and Neptune-size because in our solar system we have no examples of such planets. We don't know what fraction are going to be rocky, what fraction are going to be water worlds, what fraction are ice worlds. We have no idea until we measure one and see," says Batalha.
If Kepler-22b has a surface and a cushion of atmosphere similar to Earth's, it would be about 22°C, about the same as a spring day in Earth's temperate zone.
Among the 2326 candidate planets found by the Kepler team, 10 are roughly Earth-size and reside in their host stars' habitable zones.
Another team of privately funded astronomers is scanning the target stars for non-naturally occurring radio signals, part of a project known as SETI, or the Search for Extraterrestrial Intelligence.
"As soon as we find a different, a separate, an independent example of life somewhere else, we're going to know that it's ubiquitous throughout the universe," says astronomer Jill Tarter, director of the SETI Institute in Mountain View.
The Kepler team is meeting for its first science conference this week.

Rahsia Tangisan Bayi...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan ibu bapa sekalian.

Tahukah anda bahawa semua bayi di dunia ini berkomunikasi dengan ibu-bapa mereka melalui satu 'Universal Language'. Apakah 'Universal Language' tersebut?

Tangisan...
Ketahuilah bahawa tangisan bayi bukanlah suatu bunyi yang terhasil secara rawak, tetapi ia adalah merupakan satu bentuk komunikasi.
Saya Hanis Amin, ibu kepada seorang bayi comel dan saya boleh memahami 'bahasa' bayi kesayangan saya. Sebenarnya, melalui pemerhatian yang teliti, anda juga boleh memahami apa yang ingin disampaikan oleh si comel anda melalui tangisan mereka. Dari mana anda boleh belajar 'bahasa' bayi ini? Anda lihat dulu apa yang saya telah pelajari dan hasil pemerhatian saya.
Di bawah adalah rakaman video anak kesayangan saya, Muadz. Saya boleh faham apa yang ingin disampaikan oleh  Muadz dengan menggunakan kaedah yang bakal saya dedahkan nanti. 
SIla perhatikan dengan teliti....
Menurut pengkaji, seorang bayi yang LETIH/PENAT dan INGIN TIDUR akan menunjukkan tanda-tanda berikut:
                -------------------------------------------------------------------
                # Bayi akan menangis/mengeluarkan bunyi ‘OWH’.
                # Mulut bayi berbentuk ‘O’ dan seperti menguap. 
                # Menggosok-gosok mata.

                # Bibir mata bayi kemerah-merahan.
                # Pergerakan bayi akan tersentak-sentak.
                # Menarik telinga.
                # Menggeliat.
                # Menolak badannya ke atas.
                # Menggaru-garu kepala.
                -------------------------------------------------------------------
SIla teliti rakaman video berikut dan cuba perhatikan 5 daripada tanda-tanda di atas  yang cuba disampaikan oleh Muadz.

(Tiada dalam rakaman) Muadz terus tidur lena hanya beberapa saat setelah saya dodoikan.
Berdasarkan tanda-tanda di atas, saya faham bahawa Muadz PENAT dan INGIN TIDUR. Maka saya telah ambil tindakan sewajarnya bagi memenuhi keinginan Muadz.
Biasanya, setiap kali bila bayi menangis, ibunya akan terus menyusukannya.
Ketahuilah bahawa lapar bukanlah satu-satunya sebab bayi menangis!
Selain dari LAPAR, bayi anda akan menangis bila menghadapi keadaan-keadaan berikut iaitu PENAT, KEMBUNG PERUT, TIDAK SELESA, PERLU SENDAWA dan beberapa sebab lagi.
Kami sudah tunjukkan secara ringkas melalui rakaman video di atas tentang mesej yang cuba disampaikan oleh bayi bila mereka PENAT. Bagaimana pula mesej yang disampaikan oleh bayi anda bila mereka LAPAR, KEMBUNG PERUT, TIDAK SELESA dan PERLU SENDAWA?
Semuanya Didedahkan Dalam...

Ebook 'Rahsia Tangisan Bayi'
 


>>KLIK SINI UNTUK DAPATKAN EBOOK INI SEKARANG<<
-----------------------------------------------------
Rahsia Tangisan Bayi adalah dalam bentuk ebook, bukannya buku fizikal. Ia hanya boleh didownload melalui satu download page yang akan diberikan melalui email selepas pembayaran dibuat. Bonus-bonus yang ditawarkan juga dalam bentuk elektronik download. Tidak ada sebarang penghantaran yang akan dilakukan. Ebook ini adalah dalam format PDF. Ia boleh dibaca melalui komputer. Jika anda ingin membacanya dengan cara biasa, anda perlu print terlebih dahulu.
-----------------------------------------------------