Pages

Saturday, November 26, 2011

Sejarah Negeri Kedah versi Melayu Part 1


BARAT MEMOMOKKAN SEJARAH


Perkembangan Islam di China disorok, penipuan Joseph Needham diiktiraf

"SEPARUH daripada penulisan sejarah adalah dengan menyembunyikan kebenaran." Pandangan Pemenang Anugerah Nebula 2005 (Skrip Terbaik - Serenity), Joss Whedon pasti tercerna daripada kekaburan yang dibawa pensejarahan Barat mengenai penyimpangan dalam teks, karya atau fakta sejarah.
Apatah lagi penyimpangan, penyelewengan dan penyongsangan fakta wujud secara berleluasa dalam dokumen, teks serta karya sejarah yang ditulis orientalis mahupun pengarang Barat.

Tujuan orientalis dan pengarang Barat hanyalah satu, iaitu menghilang dan menggelapkan pengaruh Islam khususnya terhadap kebangkitan dan kekuasaan imperialisme mereka, sekali gus mengabsahkan hegemoni mereka.

Lebih menyedihkan pandangan yang kononnya bersifat sejarawi itu, diekori oleh sejarawan dan pengarang dari Asia atau dunia Islam sehingga menerimanya sebagai fakta sejarah yang satu-satunya sah lagi benar.

Hasilnya, sejarah Islam dan tamadun lain di Timur bukan saja ditulis dan dibukukan oleh orientalis serta pengarang Barat, bahkan dibentuk dan dimuatkan berdasarkan kerangka pandangan alam mereka.

Tidak hairanlah banyak sumbangan Islam dan Timur terhadap kebudayaan dan peradaban Barat menjadi wap yang hilang di langit sejarah dunia sehingga yang tinggal adalah sejarah yang dibentuk berdasarkan bekas yang ditinggalkan oleh orientalis dan pengarang mereka.
Gejala minda tertawan ini dikemukakan Pensyarah Jabatan Matematik, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mat Rofa Ismail ketika mengupas Diskusi Intelek: Cheng Ho, Cina, Alam Melayu dan Perkaitannya di Panggung Percubaan UPM, Serdang, baru-baru ini.

Dr Mat Rofa berkata, tiga dinasti di China mempunyai hubungan erat dengan Islam, iaitu Dinasti Song, Yuan dan Ming, tetapi sejarah dinasti itu kurang dicatat dalam teks sejarah China.

“Malah, ramai yang tidak tahu pengaruh Islam dalam pemerintahan dinasti di China sudah sampai kepada tahap menjadi agama yang dianuti maharajanya, apabila Zhu Yuanzhang menjadi Maharaja Islam yang pertama.

“Bagaimanapun, apabila Dinasti Ming kalah di tangan Dinasti Manchu, kerajaan mengharamkan rakyat daripada belajar sejarah dinasti Islam itu,” katanya pada diskusi anjuran Kelab Bimbingan Mahasiswa UPM itu.

Tidak hairanlah, Dr Mat Rofa berkata, sumbangan besar dunia Islam tidak diketahui oleh umum seperti penciptaan peluru yang dikatakan sebagai sumbangan tamadun China sebenarnya dicipta oleh saintis Islam yang dibawa dari dunia Islam.

“Malah pelayaran Laksamana Cheng Ho atau Zheng He sendiri banyak diselewengkan sehingga ada sejarawan yang menohmah pelayarannya adalah bertujuan untuk membunuh musuh politik maharaja di Asia, meskipun beliau mahu menunaikan haji di Makkah.

“Ia jauh sekali berlawanan dengan fakta Zheng He membawa armada kapal yang sangat besar dalam pelayarannya tetapi tidak membawa balik harta rampasan,” katanya.

Ini kerana, Dr Mat Rofa berkata, China datang ke alam Melayu untuk melindungi kerajaan kecil di Gugusan Kepulauan Melayu seperti amaran Zheng He kepada Raja Siam yang mengganggu Kesultanan Melayu Melaka dengan mengingatkan kesultanan itu umpama adik kandung kepada China.

“Bagaimanapun, sejarah sumbangan dan pengaruh Islam di China digelapkan sehingga Islam tidak dianggap memainkan peranan penting dalam peradaban yang sangat besar itu.

“Penulis Barat, Joseph Needham, yang diupah oleh orientalis bukan saja mengubah sejarah China, bahkan banyak menyelewengkan fakta,” katanya.

Needham yang turut dikenali sebagai Li Yuese menghasilkan Science and Civilisation in China yang asalnya mengandungi tujuh jilid pada 1948, berkembang kepada 24 jilid dengan 15 daripadanya ditulisnya sendiri, selain turut menghasilkan Science in Traditional China.

Kerangka yang ditinggalkan Needham itu masih meninggalkan pengaruh yang kuat kepada pensejarahan China, apatah lagi apabila namanya diabadikan sebagai Institut Kajian Needham (NRI), Cambridge, England, yang mengepalai penyelidikan dalam sejarah sains, teknologi dan perubatan di Asia Timur.

Lebih teruk, Dr Mat Rofa berkata, sejarawan China sendiri banyak bergantung kepada Needham dalam penulisan sejarah bangsa dan tamadun mereka.

“Sebenarnya, Zheng He meninggalkan diari hariannya yang dianggap paling asli, sekali gus catatan yang ditulis oleh penulisnya, Ma Huan itu banyak bercanggah dengan tulisan Needham.

“Sepatutnya sebarang penulisan mengenai sejarah di China khususnya Islam perlu berpandukan kepada catatan harian itu berbanding karya yang lebih mutakhir,” katanya.

Beliau mengingatkan banyak pembohongan dalam sejarah diterima sebagai fakta yang sah dan benar seperti Dr David Livingstone yang menjadi orang pertama menemui Sungai Nil atau Singapura yang dibuka oleh Stamford Raffles.

“Lebih melucukan apabila fakta penemuan Dr Livingstone pernah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah di sekolah di Mesir kerana kalau mahu menipu pun, janganlah sampai keterlaluan.

“Fakta penemuan Dr Livingstone itu umpamanya kita mempercayai bayi menyambut kelahiran bidannya kerana Sungai Nil sudah lama wujud dan Afrika sendiri sudah lama mempunyai penghuni,” katanya. (seperti Pulau Pinang dan Singapura dibuka oleh Light dan Raffles seolah-olah ia tidak pernah ada sebelum ini)

Penyimpangan, penyelewengan dan penyongsangan sejarah oleh orientalis dan pengarang Barat itu sudah lama dibiarkan bermaharajalela dalam membentuk kerangka kronologi dan pensejarahan dunia Timur khususnya Islam dan alam Melayu.

Sudah sampai masanya sejarawan dan pengarang kita membongkar teks dan sumber sejarah sendiri yang tersisih kesan daripada metodologi pensejarahan dan klasifikasi teks yang dirangka oleh Barat untuk menafikan hakikat sebenar sumbangan dan pengaruh Islam ke atas peradaban dunia.

Sebarang kitab, teks, hikayat, dokumen, catatan dan salasilah yang ditulis ulama dan pendakwah, sejarawan dan pengarang dunia Timur serta Islam perlu dikumpul, disusun dan dicantumkan dalam kerangka ilmu yang sebenar dengan menggunakan kekuatan intelektual untuk mentafsir dan menulis sejarah yang tepat. 

Nantikan lagi part2 seterusnya,,,sekian

Malaysia VS Bahrain


 VS

Penjualan tiket utk game Kelayakan Olimpik 2012 Msia vs Bahrain dijual esok RM40 tempat duduk utama dan RM20 terbuka mulai 9 pagi dikaunter SNBJalil - Pertemuan peringkat Kump C dijadual berlangsung pada jam 8.45 mlm - Semua penyokong dihrp dpt memenuhi std dgn memberikan sokongan padu buat pasukan negara

Friday, November 25, 2011

RAHSIA WUDHUK



Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”
Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin.” Isam bertanya, “Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? ” Hatim berkata,”Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air”.
Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara:
• Bertaubat
• Menyesali dosa yang telah dilakukan
• Tidak tergila-gilakan dunia
• Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya’)
• Tinggalkan sifat berbangga
• Tinggalkan sifat khianat dan menipu
• Meninggalkan sifat dengki.”

Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan”:
• aku sedang berhadapan dengan Allah,
• Syurga di sebelah kananku,
• Neraka di sebelah kiriku,
• Malaikat Maut berada di belakangku, dan
• aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratal mustaqim’ dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

DISEBALIK SOLAT 5 WAKTU KU....



Ali bin Abi Talib r.a berkata : "Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat muhajirin dan ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata :" Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab."

Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda:

"Silakan bertanya." Berkata orang Yahudi: "Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu wajibkan oleh Allah ke atas umatmu."

Sabda Rasullullah S.A.W. "Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuaatu kepada tuhanNya.

Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi.

Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S., maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.

Sembahyang Isya' itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku.

Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang kafir." Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W.

mereka berkata: "Memang benar apa yang kamu katakan itu. Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.

Rasullullah S.A.W bersabda:

"Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan, sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukimin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat."

Sabda Rasullullah S.A.W. lagi:

"Manakala sembahyang Asar, adalah saat dimana Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir."

Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud: "Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan., sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S. diterima.

Seorang mukimin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.

Sabda Rasullullah S.A.W.

Sembahyang Isya' (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya' berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath.

Sabda Rasullullah S.A.W.

Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan iaitu:
1. Dibebaskan dari api neraka
2. Dibebaskan dari nifaq. Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata:"Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W).

Ya Allah, terimalah solat-solatku dan ampunilah aku ya Allah diatas ketidaksempurnaan solat-solatku. Amin.

WANITA SOLEHAH - BIDADARI MENCEMBURUI KESOLEHANNYA


 Assalamualaikum wbt.

Perhiasan yang menjadi dambaan.

"Seorang manusia bergelar nabi, manusia lelaki pertama dicipta Allah, pernah menghuninya. Dia dimuliakan oleh semua makhluk termasuk malaikat, atas perintah Allah. Dia bebas menelurusi setiap ceruk menikmati keindahan yang tidak terperi. Namun ditengah keindahan syurga, jauh di sudut hatinya masih ada suatu kekosongan. Mengapa? Kerana tiada wanita menemaninya dalam menikmati keindahan syurga! Maka diciptakannya wanita sebagai pelengkap kepada nikmat syurgawi.
 
Syurga masih terasa kurang lengkap tanpa wanita. Bidadari yang cantik jelita juga adalah wanita. Kalau begitu, boleh meriahkah dunia ini tanpa wanita? Setiap akal dan hati tahu jawapannya. Ya……tanpa wanita, sunyi sepilah dunia. Tidak banggakah kita menjadi wanita? Persoalannya, cukupkah sekadar dilahirkan sebagai wanita, kita boleh berbangga menyandang keistimewaan ini?

Perhiasan adalah suatu yang menambah seri suasana, menyejukkan hati dan mata. Seperti mana sejuknya hati dan mata apabila melihat bunga, demikianlah hati apabila melihat perhiasan. Tapi, kenapa tidak semua wanita menyejukkan hati sedangkan ia diciptakan sebagai pelengkap kepada perhiasan dunia dan akhirat? Malah, ada wanita yang menjadi punca kemelut dan kacau bilau. Garis pemisahnya ialah sekeping hati yang ia miliki.

Apabila hati diserahkan kepada Allah, kekallah wanita dengan asal penciptaannya iaitu penyejuk mata dan hati.Apabila wanita terus mengikatkan hati kepada zat yang menjadikannya, kekallah ia sebagai perhiasan yang dijaga rapi. Redup wajahnya mengundang pembelaan dari hati yang menjadi hamba Tuhan dan kerendahan hati yang tunduk kepada syariat meletakkan ia sentiasa dalam keredhaan dan perlindungan dari Zat Yang Maha Agung. Inilah wanita sejati bergelar wanita solehah seperti yang digambarkan oleh Rasullullah:
 

" Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah." 

Di dunia lagi bidadari mencemburui kesolehannya dan di akhirat bidadari sudi menjadi khadamnya. 

Sebaliknya, jika hati dibawa jauh dari Allah, hilanglah kejernihan wajah dan jadilah dia duri yang menjadi punca kemelut serta kacau bilau. Apabila wanita lari dari ikatan Tuhan, maka terbukalah segala pintu yang akan menjerumuskannya ke lembah fitnah kehinaan. Hilanglah redup wajah yang menjadi dambaan dan yang terserlah ialah kecantikan palsu yang menanti untuk dieksploitasi oleh manusia buas yang menjadi hamba nafsu.
 
Ibarat bunga sejati dan bunga plastik. Jika bunga plastik disembur pewangi, harumnya lebih kuat daripada haruman bunga sejati…tapi haruman itu tidak kekal. Haruman bunga plastik bukan miliknya yang sebenar, ia haruman palsu yang bersifat luaran. Berbeza dengan keharuman bunga sejati yang bersifat dalaman dan kekal. Keharuman bunga sejati tetap kekal dimana saja ia diletakkan, di jambangan ataupun sekadar tumbuh di pingggir belantara. Sebaliknya bunga plastik tetap kaku, haruman palsunya akan semakin hilang walaupun tersusun indah di jambangan emas.

Wanita solehah yang hatinya terikat dengan Allah-si gadis dihiasi sifat sopan dan malu; si anak mentaati ibu bapa; srikandi dihiasi keberanian dan ketegasan yang penuh kesopanan serta prihatin terhadap suasana masyarakat; si isteri penuh ketaatan, kesetiaan dan kasih terhadap suami. Semuanya berteraskan rasa cinta kepada Yang Maha Pencipta. Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki `perhiasan' sejati ini kerana pastinya hidup akan terarah ke syurga. Syurga dunia yang disegerakan dan syurga hakiki yang kekal abadi.

Seorang wanita yang hatinya jauh dari Tuhan masih mampu menjadi perhiasan dunia yang digilai oleh segenap lelaki. Kecantikan dan lentoknya menjadikan hati lelaki tunduk semahu-mahunya sehingga sangggup berkorban segala-galanya-sutau perhambaan yang tersirat. Terpenjaralah hati kaum Adam yang memilih perhiasan`palsu' ini.
Hati menjadi sempit dan di akhirat terseksa tanpa batas!

Wanita boleh memilih untuk menjadi `bunga sejati'. Wanita solehah yang membawa ketenangan. Wanita juga boleh memilih untuk menjadi `bunga plastik'. Wanita yang mengundang kemelut, kacau bilau dan kehancuran. Kita sentiasa ada pilihan… maka pilihlah. Kita hanya akan layak menjadi `bunga sejati' jika hati tunduk kepada Tuhan. Bagaimanapun, Tuhan tidak pernah memaksa. Dia tetap agung walaupun kita sebagai hamba terus derhaka…Maha suci Allah yang telah memuliakan kita sebagai wanita. Daripadanya kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali.

 Sabda Rasullulah s.a.w yang bermaksud:
"Hendaklah kamu menasihati para wanita dengan sebaik mungkin, kerana sesungguhnya wanita itu dijadikan daripada tulang rusuk, sesungguhnya bahagian yang paling bengkok pada tulang itu ialah yang di sebelah atasnya; apabila kamu mahu meluruskannya patahlah ia, dan sekiranya kamu membiarkannya kekallah ia dalam keadaan bengkok. Oleh itu tolonglah kamu nasihati para wanita dengan sebaik-baiknya" 
(Riwayat Bukhari, Muslim dan abu Hurairah)"

SIFAT-SIFAT ISTERI SOLEHAH


Sepertimana impian setiap suami didunia ini adalah berdampingan dengan isterinya yang solehah..tapi bagaimana yang dikatakan dengan ciri2 wanita solehah? Adakah saudari diluar sana mampu memikul tanggungjawab ini? tepuk dada tanyalah hati, selami iman...

Mentaati Perintah Suami
Isteri yang mentaati suami dengan cara yang baik, menuruti perintah macam apa pun, kecuali jika suami memerintahkannya kepada kederhakaan. Jika apa yang diperintahkan suami tidak sesuai dengan keinginannya, maka dia menunggu kesempatan yang tepat dan memungkinkan untuk membuat suaminya berkenan, dengan yang adil, tidak dengan cara membantah, tidak membangkang, apalagi bertengkar sehingga terpaksa menerima pendapatnya. Sebab suamilah yang berhak menjadi pemimpin di dalam rumahtangga, sesuai dengan apa yang dianugerahkan Allah. Jadi keputusan perlu ada di tangan suami. Andaikata isteri menghadapi suami dengan lapang dada dan dia sudah mengetahui bahawa suamilah yang menjadi pemimpin di dalam rumah dan perintahnya perlu ditaati, maka tidak ada buruknya jika dia meminta kepada suaminya untuk bersikap adil dalam setiap keputusannya, yang tentu sahaja permintaannya ini mesti disertai dengan alasan yang boleh diterima. Sebab apa pun yang ada pada dirinya adalah milik suaminya dan dia perlu sependapat dengan suaminya. Dengan cara ini segala urusan akan dapat berjalan lancar, tanpa ada masalah yang menyekat kebahagiaannya.

Berasa Senang Apabila Suami Memandangnya
Isteri solehah adalah isteri yang membuat suaminya senang apabila dia memandang dirinya. Tidak ada yang dilihat si suami melainkan membuat dadanya lapang dan senang. Dia menguntumkan dengan seulas senyuman yang menawan dan pandangan yang memancarkan rasa cinta, kasih sayang dan kelembutan. Dia sedap dipandang, mengenakan pakaian yang rapi dan harum semerbak baunya. Setiap kali si suami memandangnya dalam keadaan seperti itu, tentu hatinya akan berbunga-bunga, sehingga dia merasakan seakan-akan ditangannya ada hadiah sangat berharga yang diberikan Allah kepadanya, sehingga dia akan sentiasa menjaga hadiah itu dan tidak mahu ia lepas dari tangannya. Dengan begitu suami tidak akan memandang kepada hal-hal yang diharamkan Allah, tidak berusaha lari rumah, untuk mencari kesenangan dan kebahagiaan di luar rumahnya. Sebab isterinya telah menyediakan iklim kehidupan yang nyaman untuk didiami, setelah si suami bersusah payah sepanjang hari mencari sesuap kehidupan. Dengan cara ini bererti isteri telah membuat Rabbnya redha, membahagiakan suami, mendapat limpahan rasa cinta dan perhatiannya.

Penuh Kasih Sayang Dan Memerhatikan Suaminya
Isteri solehah adalah isteri yang mengasihi suami, membuatnya redha, melakukan segala sesuatu yang disukainya dan menghindari apa-apa yang dibencinya, sehingga suami melihat pada dirinya apa yang disukainya, merasakan apa yang menyenangkannya dan mendengar darinya apa-apa yang diredhainya.
Jika suami tidak mendapatkan di dalam rumahnya seorang isteri yang lemah lembut, penuh kasih sayang, selalu berkeadaan bersih, mengukir senyuman, tidak mendengar perkataan yang baik, tidak mendapatkan cinta yang tulus, akhlak Islam yang mulia dan tangan yang menjulurkan cinta, lalu dimanakah dia harus mendapatkan semua itu?

Menolong Suami Dalam Urusan Agama Dan Dunia
Isteri solehah adalah isteri yang sentiasa mendorong suaminya kepada hal-hal yang baik dalam urusan agama dan dunia, menganjurkannya supaya berpegang kepada syariat Islam, sama ada yang fardhu mahupun yang sunat, mendorongnya untuk melakukan segala sesuatu yang dapat mendekatkan diri kepada Allah, seperti silaturrahim dan berbakti kepada kedua orang tua dan menjauhkannya dari hal-hal yang dibenci ALlah. Dia harus selalu ingat bahawa dia akan menjadi ibu bagi anak-anaknya, yang di kemudian hari mereka akan menjadi dewasa dan menikah serta berbakti kepadanya. Dia juga perlu mengingatkan suaminya tentang sebuah hadis sahih yang bermaksud:
"Berbaktilah kepada bapa-bapa kamu, nescaya anak-anak kamu akan berbakti kepada kamu."
Dia juga perlu menjalin hubungan dengan keluarga suaminya, agar memperoleh keredhaan Allah dan keredhaan suami, iaitu ketika suami melihatnya menjalin hubungan dengan keluarganya. Maksudnya ialah agar dengan cara ini tidak wujud perselisihan antara dirinya dan keluarga suaminya seperti yang sering terjadi pada masa sekarang.
Isteri solehah juga perlu menganjurkan suaminya untuk menjauhi mata pencarian yang haram. Para isteri orang-orang salaf yagn solehah biasa mengatakan kepada suaminya yang hendak pergi untuk bekerja, "bertakwalah kepada Allah dan janganlah engkau memberi makan kami dengan sesuatu yang haram. Sesungguhnya kami masih boleh sabar menghadapi rasa lapar dan kami tidak boleh bersabar menerima panasnya api neraka."
Isteri solehah juga menganjurkan suaminya untuk bangun malam dan juga menyertainya dalam solat itu, agar rahmat Allah turun kepada mereka, sebagaimana yang disabdakan Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Allah merahmati seorang lelaki yang bangun dari sebahagian malam lalu mendirikan solat, dan membangunkan isterinya. Jika isterinya enggan bangun, dia akan memercikkan air ke wajahnya. Dan ALlah merahmati seorang wanita yang bangun dari sebahagian malam lalu mendirikan solat dan membangunkan suaminya. Jika suaminya enggan bangun, maka dia akan memercikkan air ke wajahnya." (Riwayat Ahmad dan Abu Darda)
Sokongan seorang isteri terhadap suami dalam urusan agama ialah dengan cara mengatur dan menjaga harta suaminya, tidak menuntut kecuali apa yang diperlukannya, tidak membelanjakan kecuali menurut apa yang diperintahkan suami.
Seorang isteri bertanggungjawab terhadap pengeluaran harta suami bukan pada jalan kebaikan. Sebab dia bertugas mengatur semua urusan rumahtangga. Harta yang melimpah bukan bererti tidak perlu ada pengurusan. Sebab tanpa ada pengurusan, kehidupan rumahtangga menjadi kacau bilau dan runtuh. Isteri yang pemboros merupakan musuh bagi dirinya sendiri dan menjadi bencana bagi suaminya. Dengan tangannya dia akan menghabiskan harta suami. Berapa ramai isteri yang menghancurkan rumahtangganya kerana tidak pandai mengurus kewangan dan berapa ramai pula isteri yang mampu menegakkan kehidupan rumahtangganya kerana dia pandai mengatur kewangan.
Selagi suami melihat isterinya bersikap ekonomis, pandai mengatur kewangan dan menjaga hartanya, nescaya kecintaannya akan semakin bertambah, begitu pula kepercayaannya. Sehingga suami akan menyerahkan semua harta ke tangannya dan memberinya kebebasan untuk mengaturnya. Si suami percaya bahawa dia tidak akan membawa hartanya kepada kehancuran. Malahan boleh jadi dia justeru mengembangkannya. Menerusi kepercayaan ini akan tercipta kehidupan rumahtangga yang bahagia, jauh dari berbagai masalah kewangan, seperti yang sering kali kita dengarkan, yang disebabkan oleh cara pengurusannya yang kurang baik dari pihak isteri.


Adakah Kafin penyebab kedutan???


CAFFEINE CAUSES WRINKLES



If you have any intentions of maintaining healthy, wrinkle-free skin, you need to reform your body from the inside out. A good start is refraining from drinking caffeinated beverages, such as coffee and soda. Caffeine, an addictive substance contained in numerous beverages, removes moisture from your skin. When your skin is dry, it is much more prone to developing fine lines and wrinkles. Since caffeine also acts as a diuretic, it also encourages more frequent urinations. These urinations contribute to the depletion of moisture within your skin. Although you can re-moisturize your skin using moisturizing lotions, we recommend tackling the problem from its source.

Those of you who are serious about maintaining excellent skin should drink plenty of water, fruit juices (unprocessed) and coconut milk. These beverages will keep your skin moisturized and will thus leave it less prone to developing wrinkles and fine lines. Since these drinks also aid in keeping many of your organs healthy, your skin will look better than ever before. As many of us know, numerous internal problems are reflected in our skin.

We encourage everyone to start dumping their caffeine beverages in lieu of healthier and less problematic drinks. The numerous problems which stem from caffeine consumption are endless and are not worth the hassle. If you are concerned about dumping caffeine all at once, we recommend gradually reducing consumption until you are no longer dependent. At that point, you can substitute your caffeinated drinks with healthier alternatives.

Good luck on your journey towards a caffeine (and wrinkle) -free lifestyle!

Tips nak sikat rambut pun ada?jom baca!


10 TIPS FOR PROPER HAIR COMBING

COMBING HAIR: 10 TIPS FOR PROPER HAIR COMBING

Most people consider hair combing a routine activity. There are people who keep a particular hair style throughout their life. On the other hand, younger generations adopt new hair styles according to new trends.

To have a healthy hair, proper nutrition is required. General health has direct relation with the quality and quantity of hair. In order to make your hair beautiful, you need regular washing, use of hair oil, proper combing, etc.

Tips for combing hair:

1. To choose the best comb, you must take into account the nature of your hair (soft or hard, short or long), convenience and style.

2. Combing hair should be done with greatest care and concentration. If you comb without any care, you can cause damage to your hair.

3. Combing hair should be done gently. A vigorous combing can encourage hair falling.

4. Do not comb wet hair. First dry your hair with a towel and then put some oil and gently massage it. After this is done, the combing will be easy and undamaging.

5. Combing hair in the opposite direction of hairs must be avoided. This will cause hair falling.

6. Vigorous combing in backward direction can cause traction baldness.

7. Frequent combing can damage the hair follicles and the scalp. Combing hair 2 or 3 times in a day is sufficient.

8. The tooth of the comb must not be sharp. The comb should not be pressed too tightly on the scalp.

9. Clean the comb before and after use in order to prevent hair and dirt from depositing in the gap. Combing hair with dirty comb can be difficult and painful.

10. Do not use other people’s combs. This will prevent fungal and bacterial infections.

DRINKING TEA CAN ACTUALLY HELP YOU LOSE WEIGHT




Although experts are divided on exactly how healthy green tea, there is no doubt that it has some health benefits. The following are those that have some scientific research behind it.

First, green tea shares all the health benefits that are thought to come from black tea, but in a more effective, as the tea is fresher. Tea can help reduce the chances of heart disease carry on up to half, as well as combat dental plaque and tooth decay (although it will also stain your teeth, but be sure to drink plenty of water and brush regularly, so be careful).

Tea drinking also burns more calories than just taking caffeine in pill form, as your body has to cool the hot drink once it's inside you, and this requires energy. Tea can often burn more calories it contains, in the sense that could help you lose weight if you drink enough.

Strangely, the tea is also thought to affect the color of your hair if drunk in sufficient quantities. The black tea will make your hair darker, and green tea make it a little 'more red - seems too improbable to be true, but many women swear by it, particularly in India.

Unfortunately, there is also no shortage of people willing to support that green tea will help you with any condition is fashionable at the moment. For this reason, read this list with some skepticism - it's up to you if you believe in green tea, or if it makes you feel better personally, but little has been proven scientifically either way. Green tea has been questioned as a cure for cancer, Alzheimer's, arthritis, multiple sclerosis, heart disease, cardiovascular diseases and HIV. But if it worked, we would surely all that drink now?

Thursday, November 24, 2011

Khemah Terkini, Mudah dan Selesa


Jom tengok khemah moden yang mudah alih dan senang dibawa ke mana2. Sesuai untuk orang suka camping:
opera121 Khemah Moden Yang Mudah Alih

Ini plak ruang dalamannya, boleh tahan la:
opera021 Khemah Moden Yang Mudah Alih
Mari tengok proses macam mana nak guna khemah mudah alih ni:
opera081 Khemah Moden Yang Mudah Alih
Seterusnya:
opera061 Khemah Moden Yang Mudah Alih
Akhirnya jadi camni:
opera041 Khemah Moden Yang Mudah Alih
 

10 Kejadian Letupan Pelik

 
meletup1 10 Kejadian Letupan Pelik
1) Ikan paus 50 tan meletup
Seekor ikan paus yang ditangkap untuk tujuan penyelidikan tiba-tiba meletup di sebuah jalan di Taiwan pada tahun 2004 mengejutkan pejalan kaki dan orang sekeliling yang berada berdekatan. Ikan paus sperma yang mati di pantai itu dibawa ke Tainan, meletup disebabkan pengumpulan gas yg terbentuk di dalam badan ikan paus terbabit, Tekanan yg kuat menyebabkan ianya meletup secara tiba-tiba.
meletup3 10 Kejadian Letupan Pelik
2) Rokok meletup
Kejadian ini berlaku di Indonesia. Seorang lelaki kehilangan 6 batang gigi dan mendapat 51 jahitan di mulut selepas sebatang rokok yang dihisapnya meletup. Andi Susanto yg berumur 31 mengatakan kejadian itu berlaku apabila dia sedang menghisap sebatang rokok sambil menunggang motosikal. Dia kemudiannya mendapat gantirugi sebanyak USD535 kira RM2000 daripada syarikat pengeluar rokok tersebut. Akibat kejadian itu, Andi berniat untuk berhenti merokok… Agak-agaknya ape la yang ada dalam rokok andi tu? mercun??
moral of the story : jgn isap rokok sambil bwk moto,..hehe
meletup4 10 Kejadian Letupan Pelik
3)Ipod Meletup
Pemilik ipod ini, Ken Stanborough, 47 mengatakan ipod yang dipakainya mengeluarkan bunyi pelik dan berasa semakin panas. Kemudian mengeluarkan asap, dengan sepantas kilatnya dia melontar ipod itu, tak sampai 30 saat ipod tu meletup dengan mengeluarkan bunyi ‘pop’, huhu, cam ujian oksigen ngan CO2 masa zaman sekolah menengah lak ada bunyi ‘pop-pop’ nih..
meletup5 10 Kejadian Letupan Pelik
4) Laptop meletup semasa persidangan
Semasa mengadakan satu persidangan di Jepun, sebuah laptop jenama Dell tiba-tiba je meletup. Nasib baik la pemilik laptop tu takde depan laptopnya semasa kejadian tu berlaku, kalau tak hilang la mukanya yang hensem tu..
meletup7 10 Kejadian Letupan Pelik
5) Jamban Meletup
Camner la jamban pun boleh meletup?? Kejadian ni berlaku kepada John Jenkins, 53 menggunakan jamban ni, sebaik je dia menyalakan rokoknya, lobang tandas tu meletup..isk3, bahaya tol.. Akibat kejadian ni, mamat nih menyaman sebuah syarikat arang dan kontraktor tempatan atas tuduhan cuai. Saman itu menyatakan muka, leher, lengan dan kaki Jenkins mengalami lecur selepas rokok yg dinyalakan oleh Jenkins membuatkan gas metana yg bocor di bawah jamban ini berapi dan meletup..hoho
meletup8 10 Kejadian Letupan Pelik
6)Kerusi pejabat pun meletup gak
Camner la kerusi meletup, mengikut sumber2 yang diceritakan, kerusi ni meletup disebabkan silinder gas yg berada di bawah kerusi tu, silinder gas tu digunakan utk memudahkan kerusi tu naik turun. Apabila silinder tu dalam tekanan tinggi, ianya boleh meletup! Menurut ceritanya, itu yg berlaku..tapi  xtau la kot2 ada orang letak bahan letupan bawah tu. Kejadian ni menyebabkan seorang budak lelaki 14 tahun maut dimana besi yang tercabut akibat letupan itu mengenai rektum budak tu menyebabkan dia mati serta merta.. pergh, sula cara moden..
meletup9 10 Kejadian Letupan Pelik
7) Chewing gun meletup
Ni lagi satu citer yang tak masuk akal, Seorang pelajar yg berusia 25 tahun, Vladimir Likhonos, mati di rumah ibu bapanya  selepas sedara maranya mendengar satu bunyi ‘pop’ yg kuat. Selepas ditemui, sedara maranya terkejut menjumpai Vladimir mengalami luka yang teruk di rahang. Menurut pihak forensik, Vladimir telah memakan chewing gum yang mengandungi satu bahan kimia yang tidak dikenali.
meletup10 10 Kejadian Letupan Pelik
8) Telefon bimbit meletup
Ni salah satu kejadian yg biasa kita dengar, kat Malaysia pun kita penah dengar cerita-cerita telepon meletop nih, bagaimanapun citer ni berlaku kat China. Seorang lelaki mati selepas henfon nya meletop. Mengikut cerita, selepas dia masukkan bateri yang baru dicas ke dalam henfonnya, dan dia letak kat poket, henfon dia tros meletop. Dia mati disebabkan luka teruk di leher dan
arteri utama.
meletup11 10 Kejadian Letupan Pelik
9) Deoderan meletup, remaja cedera
Seorang remaja cedera selepas dia baru je men’deoderan’kan dirinya di dalam tandas rumahnya di Santiago. Dia  mengalami luka lecur di bahagian mukanya dan dikejarkan ke hospital  untuk rawatan lanjut. Letupan tu mengakibatkan bumbung dan tingkap tandas pecah..fuhh, bahaya ni
meletup12 10 Kejadian Letupan Pelik
10) Mesin basuh meletup
Kejadian ni berlaku apabila sorang mamat ni yg bernama Glenn Johnson meletak gasolin ke dalam mesin basuhnya untuk menghilangkan kesan gris pada bajunya. Menurutnya lagi, dia dah 25 tahun mengamalkan cara tersebut untuk menghilangkan gris pada pakaiannya. Dia letak detergen, air
dan sedikit gasolin utk tujuan tersebut. Katanya ayah dia yg ajar… tapi dia mengaku dia dah terlebih letak gasolin menyebabkan ada gas2 gasolin yg terbebas keluar dari mesin basuh tu yg mungkin menyebabkan letupan terjadi…

Pelaburan Emas...mesti baca


Sejak 2-3 tahun kebelakangan ini, pelaburan emas mula mendapat perhatian. Dengan kenaikan harga emas secara purata 37% sejak 5 tahun lalu. Ianya menjadikan emas sebagai salah satu instrumen pelaburan kalis inflasi yang sangat mengujakan.
Saya lihat ada beberapa fenomena menarik yang berlaku berkaitan pelaburan emas ini..
1. Pihak bank pun kini berlumba-lumba mempromosikan produk mereka yang berkaitan emas. Dulu, yang kita tahu, hanya Maybank sahaja yang menawarkan akaun simpanan emas, tetapi itupun tak berapa di promosikan sangat. Suam-suam kuku je produk tersebut. Tetapi sekarang, tiba-tiba, semua bank pun ada akaun simpanan emas,  CIMB, Public Bank, UOB & KFH (siap iklan kat TV lagik!). Apakah makna semua ini?
2.  Kedai pajak Ar-Rahnu juga tiba-tiba muncul bak cendawan selepas hujan. Apakah makna semua ini?
3.  Begitu juga dengan syarikat-syarikat pengeluar & penjual emas, tumbuh cam cendawan. Apakah makna semua ini?
Saya pun tidak pasti…
Persoalannya, adakah benar pelaburan emas ini begitu menguntungkan?
Pada saya.. tak kisah apa-apa pelaburan pun, asalkan kita mempunyai ilmu berkaitan pelaburan tersebut, insyallah ianya akan memberikan pulangan yang menguntungkan kepada pemiliknya. Jadi, kepada pembaca-pembaca blog ini yang ingin melabur di dalam emas, saya cadangkan agar anda membuat kajian terlebih dahulu serta banyakkan membaca sebelum anda mengambil apa-apa tindakan.
Dan berita baiknya, saya juga telah membuat sedikit kajian mengenai pelaburan emas ini dan telahpun menulis sebuah laporan ringkas berkaitannya. Iaitu tentang “5 Kesilapan Pelabur Emas”.
Anda boleh download laporan tersebut secara PERCUMA di WangEmas.com
Sekian! Selamat membaca!

Fesyen Isteri Presiden Turki jumpa Ratu Elizabert


Bagi aku memang cantik sangat lah apabila wanita pertama Turki Hayrunnisa isteri kepada Presiden Turki Abdullah Gul membawakan imej islamik dalam siri lawatannya ke luar negara. Walaupun sebagai seorang isteri kepada pemimpin kerajaan Turki tidak membataskan beliau untuk berfesyen secara islamik yang menitikberatkan penutupan aurat apabila bertemu dengan pemimpin-pemimpin lain. Satu contoh yang baik buat ikutan kepada isteri-isteri pemimpin sebuah negara Islam yang lain specially first lady Malaysia...hihi







Berkhatan, tradisional dan moden!!!

                  
Musim cuti sekolah telah bermula, apa yang selalunya berkaitan dengan cuti sekolah? pertama sekali semestinyalah kenduri perkahwinan dan yang kedua adalah berkaitan dengan bersunat atau berkhatan. Minggu lepas ada sorang anak buah saya yang berkhatan. Seperti biasa saya akan melihat proses berkhatan itu dari mula sampai selesai. Dalam hati berdoa agar tidak terpotong isinya seperti yang dilaporkan dalam surat khabari.

Saya pernah melihat berkhatan cara tradisional yang dilakukan oleh Tuk Mudim dan cara moden yang dilakukan oleh doktor atau pembantu perubatan. Risiko terpotong kepala kemaluan adalah satu dalam sejuta kalau dilakukan oleh mereka yang mahir.

berkhatan secara tradisional disuruh mandi atau berendam dalam sungai supaya sejuk bila dikhatankan oleh Tuk Mudim kurang rasa sakitnya. Tetapi sekarang sudah ada ubat pelali.

Tuk Mudim menggunakan penyepit sebesar jari kelingking yang dibuat daripada buluh untuk memisahkan antara kulit dengan isi dan dipotong menggunakan pisau cukur. Doktor pula menggunakan gunting. Kerana itu hanya mereka yang mahir sahaja boleh melakukannya.

Nampaknya cara berkhatan semakin lama semakin mudah, cepat dan tidak menyakitkan. Cara terbaru berkhatan menggunakan leser. 

Namun masih ada penduduk kampung yang lebih suka anaknya dikhatan secara tradisional. Kononnya mereka yang dikhatan oleh Tuk Mudim kemampuan seknya lebih hebat. Sejauh manakah kebenarannya tidak dapat dipastikan.

Namun sejak akhir-akhir ini ramai lelaki berusia 40 tahun ke atas mengalami masalah mati pucuk atau kemampuan seknya lemah. Tetapi ada yang menafikan puncanya dari cara berkhatan. Ia terjadi disebabkan beberapa faktor antaranya penyakit, tekanan di tempat kerja, keletihan dan sebagainya.

Apa yang pasti, Tuk Mudim yang ada sudah tua. Orang muda tidak berminat lagi mewarisi kerja tersebut. Maka mahu tidak mahu terpaksa juga berkhatan di hospital atau klinik swasta.

Kepada kaum lelaki terutama yang berusia 40 tahun ke atas, eloklah jaga makanan disamping mengamalkan petua-petua agar hidup sihat.

Cara menyelesaikan Laptop yang Berat dan Lembab Apabila On.


Sakit hati tak bila korang on je laptop tu, masa start je keluar macam-macam?? Keluar Yahoo Messenger la, Windows Live la, Skype la, dan macam-macam lagi sehingga membuatkan laptop korang tu jadi berat dan lembab. Kadang-kadang sampai hang laptop korang tu dek kerana binatang-binatang tu muncul. Hah.. ni jalan penyelesaiannya! Ok.. 1st thing to do korang tekan butang windows dekat keyboard korang dan butang 'R' serentak (windows + R). Ni butang windows :


Then akan keluar benda ni dekat screen korang :


Bila dah keluar benda alah tu taipkan 'msconfig' pada ruang open tu.


Lepas tu klik pada OK dan akan keluar display macam ni :



Lepas tu klik pada 'Start up' dan akan keluar ni :


Sila untick pada benda-benda yang suka sangat muncul pada start up korang. Benda-benda ni la yang memberatkan laptop korang. Contoh macam Yahoo Messenger, Skype, Windows Live dan sebagainya. Untick pada item-item yang selalu muncul bila korang on laptop. Benda-benda lain jagan untick. Kalau korang untick semua, akan berlaku masalah. Diulangi, hanya benda-benda yang suka muncul pada screen korang semasa korang on laptop. Contohnya Yahoo! Messenger, Skype, dan Windows Live. Tengok gambar bawah ni. Aku tak untick semua. Jangan untick semua terutama yang ada tulis "Intel-intel" tu.


Setelah korang untick pada benda-benda tersebut, klik pada Apply kemudian OK. Lepas tu akan keluar display macam ni :


Maka selesai la. Korang nak restart laptop korang or tak nak, sukati korang la. Tapi bila korang on balik laptop tu, maka benda alah-benda alah yang mengganggu gugat kelajuan laptop anda tu akan hilang pada start up. Ok! Dah tahu buat macam mana? Selamat mencuba ye kawan-kawan sekalian pada yang tak tahu lagi nak buat macam mana tu.

Ok! disebabkan ada yang mengatakan tersilap buat sehingga laptop speaker tak bunyi, external disk dan pendrive tak boleh detect, wifi tak boleh nak sambung, sila buat balik dari step awal dan tick pada 'normal start up' seperti gambar di bawah. Laptop anda akan kembali kepada sedia kala.

Aku nak ingatkan lagi sekali kalau nak buat, just untick pada benda-benda yang suka muncul pada start up korang terutamanya Yahoo! Messenger dan Skype. Bukan untick semua. Kalau betul caranya, laptop korang akan menjadi lebih pantas semasa start up. Tak perlu jenuh menunggu.