Pages

Friday, December 23, 2011

REMPIT VS JPJ (TAKTIK MELEPASKAN DIRI)



Video  cara2 macam mane tak nak bagi kene saman dengn JPJ… Tapi taktik ni tak semua JPJ akan terpengaruh… Jadi jom layan…

Thursday, December 22, 2011

MESIN BASUH BAJU YANG COOL



Apa khabar semua… Kepada sesiapa yang tinggal di hostel ataupun yang pernah tinggal di hostel kompem minat kat mesin basuh dekat atas nie… Sebab ianya senang untuk digunakan dan boleh menjimatkan duit PTPTN korang… Lagi satu yang bestnye tak payah susah-susah nak cari duit syiling time nak guna mesin basuh nie…
Kapasiti mesin basuh nie tak lah sebesar mesin basuh biasa… Untuk sape-sape yang suke kumpul baju tue mamang tak sesuai gune mesin basuh nie… Mesin nie khas untuk sape-sape yang rajin basuh baju je yek…
Care nak gune pon senang jek… Tak payah susah-susah cume lekat kat dinding dah boleh gune…
Mesin nie senang dibawa ke mana sahaja… Contoh macam korang duduk kat tingkat 40 tak payah susah-susah bawah turun sekali dengan baldi-baldi… Cuma bawak turun mesin basuh nie je…
Mesin nie korang boleh gune sorang-sorang… Tak payah nak kongsi-kongsi dengan sesiapa pun… Kurang sikit jangkitan yang pelik-pelik tue…
Teknologi basuhan mesin nie sengan jek ianya hanya menggunakan stim… Jadi korang dah tak payah nak caru sabun basuh lagi yang asik kene rembat dengan membe-membe korang dah lepas nie…
p/s: Sumber asal Faeiz X Saje2

Hukum Mencuci Pakaian dengan Mesin Basuh


Apakah hukum mencuci pakaian dengan menggunakan mesin basuh? 
Apakah caranya itu menyucikan di sudut kacamata Islam?

Jawapan
Menggunakan mesin basuh untuk membasuh pakaian yang tidak kena najis, tidak timbul sebarang masalah, yakni pakaian yang dibasuh itu tetap suci hukumnya. Tetapi yang timbul masalahnya apabila mesin basuh itu digunakan untuk membasuh pakaian-pakaian yang bernajis atau yang kena najis. Maka hukum pakaian yang dibasuhnya itu tidak suci, kerana pakaian yang kena najis itu dibasuh oleh perhimpunan air yang tidak sampai dua kolah dalam takungan mesin basuh itu. Jika hendakkan pakaian itu suci, maka kenalah pakaian-pakaian yang telah dikeluarkan dibilas dengan air yang suci sekali lagi.

Wednesday, December 21, 2011

Adlin vs. Chef Wan di Facebook


Adlin vs. Chef Wan di Facebook
21 Dis - Seperti menjadi trend artis di Malaysia ini, meluahkan perasaan marah terhadap rakan artis di laman sosial mereka, bukan sahaja memalukan diri sendiri malahan menunjukkan contoh yang tidak baik terhadap peminat.
Inilah yang terjadi di antara pelawak terkenal Adlin Aman Ramlie dan juga Chef terkenal, Chef Wan, yang menyelar tindakkan Adlin ketika membuat persembahan Maharaja Lawak Mega yang dikatakan terlampau sehingga sanggup melawak tentang arwah ayahnya sendiri. Kemudian, Chef Wan dengan beraninya telah memberi komen peribadi di dalam akaun Facebooknya tentang persembahan Adlin di dalam pertandingan tersebut.
Adlin Aman Ramlie tanpa berfikir panjang, telah menjawab apa yang dikatakan oleh Chef wan dan mengisytiharkan 'perang di laman sosial' di antara mereka berdua.
Tindakan mereka berdua ini sememangnya tidak professional dan tidak menampakkan kematangan mereka yang sememangnya telah lama di persada dunia hiburan.
Adlin juga kelihatan kecewa kerana tidak berjaya mara ke peringkat akhir, perjalanan Adlin di dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega berakhir pada minggu ke – 8.