Pages

Thursday, December 22, 2011

Hukum Mencuci Pakaian dengan Mesin Basuh


Apakah hukum mencuci pakaian dengan menggunakan mesin basuh? 
Apakah caranya itu menyucikan di sudut kacamata Islam?

Jawapan
Menggunakan mesin basuh untuk membasuh pakaian yang tidak kena najis, tidak timbul sebarang masalah, yakni pakaian yang dibasuh itu tetap suci hukumnya. Tetapi yang timbul masalahnya apabila mesin basuh itu digunakan untuk membasuh pakaian-pakaian yang bernajis atau yang kena najis. Maka hukum pakaian yang dibasuhnya itu tidak suci, kerana pakaian yang kena najis itu dibasuh oleh perhimpunan air yang tidak sampai dua kolah dalam takungan mesin basuh itu. Jika hendakkan pakaian itu suci, maka kenalah pakaian-pakaian yang telah dikeluarkan dibilas dengan air yang suci sekali lagi.

No comments:

Post a Comment