Pages

Thursday, November 24, 2011

Cara menyelesaikan Laptop yang Berat dan Lembab Apabila On.


Sakit hati tak bila korang on je laptop tu, masa start je keluar macam-macam?? Keluar Yahoo Messenger la, Windows Live la, Skype la, dan macam-macam lagi sehingga membuatkan laptop korang tu jadi berat dan lembab. Kadang-kadang sampai hang laptop korang tu dek kerana binatang-binatang tu muncul. Hah.. ni jalan penyelesaiannya! Ok.. 1st thing to do korang tekan butang windows dekat keyboard korang dan butang 'R' serentak (windows + R). Ni butang windows :


Then akan keluar benda ni dekat screen korang :


Bila dah keluar benda alah tu taipkan 'msconfig' pada ruang open tu.


Lepas tu klik pada OK dan akan keluar display macam ni :



Lepas tu klik pada 'Start up' dan akan keluar ni :


Sila untick pada benda-benda yang suka sangat muncul pada start up korang. Benda-benda ni la yang memberatkan laptop korang. Contoh macam Yahoo Messenger, Skype, Windows Live dan sebagainya. Untick pada item-item yang selalu muncul bila korang on laptop. Benda-benda lain jagan untick. Kalau korang untick semua, akan berlaku masalah. Diulangi, hanya benda-benda yang suka muncul pada screen korang semasa korang on laptop. Contohnya Yahoo! Messenger, Skype, dan Windows Live. Tengok gambar bawah ni. Aku tak untick semua. Jangan untick semua terutama yang ada tulis "Intel-intel" tu.


Setelah korang untick pada benda-benda tersebut, klik pada Apply kemudian OK. Lepas tu akan keluar display macam ni :


Maka selesai la. Korang nak restart laptop korang or tak nak, sukati korang la. Tapi bila korang on balik laptop tu, maka benda alah-benda alah yang mengganggu gugat kelajuan laptop anda tu akan hilang pada start up. Ok! Dah tahu buat macam mana? Selamat mencuba ye kawan-kawan sekalian pada yang tak tahu lagi nak buat macam mana tu.

Ok! disebabkan ada yang mengatakan tersilap buat sehingga laptop speaker tak bunyi, external disk dan pendrive tak boleh detect, wifi tak boleh nak sambung, sila buat balik dari step awal dan tick pada 'normal start up' seperti gambar di bawah. Laptop anda akan kembali kepada sedia kala.

Aku nak ingatkan lagi sekali kalau nak buat, just untick pada benda-benda yang suka muncul pada start up korang terutamanya Yahoo! Messenger dan Skype. Bukan untick semua. Kalau betul caranya, laptop korang akan menjadi lebih pantas semasa start up. Tak perlu jenuh menunggu.

1 comment: