Pages

Thursday, November 24, 2011

Pelaburan Emas...mesti baca


Sejak 2-3 tahun kebelakangan ini, pelaburan emas mula mendapat perhatian. Dengan kenaikan harga emas secara purata 37% sejak 5 tahun lalu. Ianya menjadikan emas sebagai salah satu instrumen pelaburan kalis inflasi yang sangat mengujakan.
Saya lihat ada beberapa fenomena menarik yang berlaku berkaitan pelaburan emas ini..
1. Pihak bank pun kini berlumba-lumba mempromosikan produk mereka yang berkaitan emas. Dulu, yang kita tahu, hanya Maybank sahaja yang menawarkan akaun simpanan emas, tetapi itupun tak berapa di promosikan sangat. Suam-suam kuku je produk tersebut. Tetapi sekarang, tiba-tiba, semua bank pun ada akaun simpanan emas,  CIMB, Public Bank, UOB & KFH (siap iklan kat TV lagik!). Apakah makna semua ini?
2.  Kedai pajak Ar-Rahnu juga tiba-tiba muncul bak cendawan selepas hujan. Apakah makna semua ini?
3.  Begitu juga dengan syarikat-syarikat pengeluar & penjual emas, tumbuh cam cendawan. Apakah makna semua ini?
Saya pun tidak pasti…
Persoalannya, adakah benar pelaburan emas ini begitu menguntungkan?
Pada saya.. tak kisah apa-apa pelaburan pun, asalkan kita mempunyai ilmu berkaitan pelaburan tersebut, insyallah ianya akan memberikan pulangan yang menguntungkan kepada pemiliknya. Jadi, kepada pembaca-pembaca blog ini yang ingin melabur di dalam emas, saya cadangkan agar anda membuat kajian terlebih dahulu serta banyakkan membaca sebelum anda mengambil apa-apa tindakan.
Dan berita baiknya, saya juga telah membuat sedikit kajian mengenai pelaburan emas ini dan telahpun menulis sebuah laporan ringkas berkaitannya. Iaitu tentang “5 Kesilapan Pelabur Emas”.
Anda boleh download laporan tersebut secara PERCUMA di WangEmas.com
Sekian! Selamat membaca!

No comments:

Post a Comment