Pages

Sunday, December 4, 2011

Filem pertama Angelina Jolie


Aktres seksi Hollywood, Angelina Jolie bakal muncul dengan filem pertama arahannya yang bakal berada di pawagam Amerika Syarikat pada 23 Disember akan datang.
Angelina Jolie arah filem pertamaJolie, 36, telah menulis dan mengarah filem bercorak perang berjudul "In The Land Of Blood And Honey" yang mengisahkan seorang wanita Bosnia beragama Islam telah ditangkap oleh tentera Serbia dan diseksa teruk. Namun keadaan berubah apabila dia jatuh cinta kepada kapten Serbia itu.
Filem ini yang meyaksikan Zana Marjanovic dan Goran Kostic sebagai peneraju utama sebelum ini pernah diprotes kerana dianggap telah menyinggung perasaan keluarga mangsa yang terlibat ketika perang Yugoslavia yang berlaku sekitar tahun 1991 – 1995.
Jolie sebelum ini menyatakan debaran dan kebimbangan sekiranya penonton tidak boleh menerima filemnya yang berbeza dengan filem perang arus perdana yang lain.
Pada masa yang sama, Jolie dilaporkan sudah dalam perancangan untuk menghasilkan filem yang mengisahkan perang Afghanistan.

No comments:

Post a Comment