Pages

Wednesday, December 7, 2011

Si Pemenggal Kepala di Arab Saudi


Abdullah Al-Bishi, Pemenggal Kepala di Arab Saudi

Ciplak dari blog kawan...wa lu wa lu...apa la dia ni!!!

Ini kisah yang agak baru-baru jgak, kalau nak kata masih panas, dah sejuk sedikit agaknya. Ini kisah seorang amah dari Indonesia yang dipenggal kepalanya sebagai hukum qisas kerana amah tu bunuh majikan dia sendiri. Tapi hari ni saya bukannya nak cerita pasal amah tu siapa yang salah ataupun siapa yang bunuh. Bukan...bukan itu yang saya nak cerita. Saya nak cerita mengenai pemenggal kepala yang melaksanakan hukum tersebut.


Sedikit intro, saya expect korang semua pernah main Assasin Creed kan? in fact saya enjoy main game tuh even saya buang game tu setelah bermain dipertengahan jalan. Wa suka tengok efek darah yang real tapi realitinya saya ada isu dengan darah ni kalau korang nak tau. Last time bapak wa masuk hospital masa tu nurse nak ambik darah, wa plak yang pengsan di tepi bapak wa. apedehal? wa memang.. level darah dalam badan wa memang agak kurang stabil.Tapi mamat nih memang hati kental punya. Ini memang dalam hati tak ada taman, kalau ada pun kering tak di maintenance.
Ini la dia beheader berhati kental
Sekali imbas macam Samuel L Jackson tapi ternyata tidak. Nama brader diatas adalah Abdullah Al-Bishi a.k.a Abu Badr (biasala orang arab, Abu means bapa dan Badr tu nama anak sulung beliau) dan pekerjaan beliau adalah sebagai Beheader a.k.a Pemenggal Kepale. Now, bila aku tengok outfit yang beliau pakai, series aku teringat dengan game Assasin Creed dan melihat kepada raut wajah beliau, beliau bukanlah seorang yang kejam bahkan wa rasa beliau lebih cintakan keamanan akan tetapi cintanya kepada Allah adalah lebih tinggi dan beliau tidak teragak-agak untuk melaksanakan hukum qisas.

Untuk pengetahuan lu orang semua, Abu Badr ni telah pun memenggal lebih dari 100 kepala dan ada diantara mereka adalah dari kawan beliau sendiri. Namun, hukum tetap hukum dan tidak mengira lu orang teman, sahabat mahupun jiran sebelah rumah. Menurut temubual didalam video yang bakal wa post dibawah, paling banyak Abu Badr pernah penggal pada satu-satu masa adalah dalam 5~6 orang. Gila! kesalahan apa agaknya mala'on tu telah lakukan. Mungkin kes rogol beramai-ramai kot, wa tak tahu.

Dibawah ni wa letakkan video temu bual beliau. Dont worry ada subtitle. Kalau ente tidak faham, baca subtitle bawah dia daa. Didalam video ni diceritakan mengenai kerjayanya sebagai seorangpemenggal kepala, bagaimana halangan serta cabaran yang ditempuhi beliau. Titik permulaan yang menentukan haluan kerjaya beliau dan lain-lain lagi. Hope lu orang layan video ni dan klik link sos dibawah untuk membaca mengenai kisah amah yang di penggal kepalanya itu. Sekarang wa nak chaow sebab wa rasa mual-mual melanda perut wa.


No comments:

Post a Comment