Pages

Sunday, December 4, 2011

Lelaki dan Game...



Main game adalah versi ‘do something’ pada lelaki. Takde keje? Main game. Melalui game, mereka dapat merasai sense of achievement dalam diri. Macam mana pulak tu? Macam mana boleh ada perasaan berpuas hati atas sesuatu pencapaian kalau bermain game?
Game macam Dota, Star Craft2, Call of Duty dan sebagainya melibatkan pemain membunuh orang lain yang memainkan watak orang jahat. Bila dapat bunuh orang jahat, rasa puas la, betul tak? Dan bila dapat bunuh ramai orang, mereka merasakan yang mereka adalah hebat dalam kemahiran bermain permainan tersebut. Dari situ timbul kepuasan.
Paling bodoh adalah apabila golongan ni mengamuk sakan dan hilang mood disebabkan dengan game. Itu adalah ketidakmatangan dalam diri seorang lelaki yang bila dah terlalu taksub dengan sesuatu yang bukan realiti. Please, sebagai girlfriend pastikan tahap gila game boyfriend anda tak sampai macam ni. Tak matang dan takde ciri-ciri lelaki idaman langsung.
Lelaki yang cool macam saya, main game tapi takdelah nak emosional sangat. Main setakat nak puaskan hati dan spend time untuk diri sendiri. Dulu saya pun pernah gaduh pasal game (bercakap berdasarkan pengalaman ni..) tapi lama-lama saya sedar, itu semua kebodohan. Biasalah tu, semua orang menjalani fasa kurang matang mereka.
Pendirian saya sekarang, main game macam orang gila tapi tak dapat duit apa guna? Dan itu telah mengubah prioriti saya daripada mencapai kepuasan sekarang (melalui game) kepada kemahiran lain seperti pelaburan, web developing dan sebagainya.
Then again, tak semua mempunyai minat yang sama seperti saya, tapi asalkan jangan hidup anda setakat main game dan perabis beras kat rumah je, oklah.

No comments:

Post a Comment